Progress ♡
Hi Assalamualaikum :)
Hari ni ada satu benda yang aku nak share. Hari tu aku ada nampak this one quote,
"I am so proud of you, I am so proud of your progress today"
Keyword dia di sini adalah PROGRESS. Apa maksud progress? Kalau ikut pada penterjemah Google, maksudnya Moving Forward, dalam Bahasa Melayu, bergerak ke hadapan.
Tapi dalam konteks quotes di atas, tidaklah dia bermaksud bergerak ke hadapan secara literal, tetapi dia membawa maksud, bergerak-ke-hadapan. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Maksudnya dalam minda aku adalah ada kemajuan, ada pembaikan, ada sesuatu yang lebih baik dari semalam. Dan untuk yang memperoleh sesuatu yang lebih baik dari semalam, kau perlulah bergerak.
Nak jadi lebih baik? Bangun dan solat. Kalau selama ni solat kau tak cukup, cukupkan 5 waktu. Kalau selama ni solat kau dah cukup 5 waktu, tambah solat sunat. Kalau sebelum ni kau bercakap main sembur, cuba bercakap menggunakan otak dan berbudi bahasa. Kalau sebelum ni kau suka buat jahat, cuba belajar untuk berbuat ihsan sesama makhluk.
Perlu ke buat benda-benda yang gempak untuk ada progress dalam hidup? Tak susah pun. Walau sekecil benda, sekecil rutin harian yang kau boleh ubah untuk menjadikan diri kau lebih baik dari semalam. Tu pun dah cukup. Walau sepotong doa yang kau tambah selepas solat, walau sekadar secubit ayam yang kau kongsi pada kucing jalanan. Tu pun dah cukup untuk progress.
Ada orang, nak bangun tidur untuk teruskan hidup pun susah. Jadi bila ada pagi yang dia boleh bangun dan teruskan hidup dia macam manusia normal, itu suatu progress lah untuk dia. Lain orang kan lain dugaannya. Ada orang nak uruskan hidup sehari-hari pun susah dan tak bermaya, bila dia pada akhirnya punya tenaga untuk menguruskan semua benda, itu progress lah pada dia.
Dan kita kena faham, progress semua orang itu tak semestinya kelihatan menaik seperti carta graf yang prositif, ada masa dia berbukit juga dan ada masanya dia terhenti pada suatu garisan dan mengambil masa yang lama untuk naik kembali.
Apa peranan kita sebagai manusia? Memberi sokongan yang baik dan positif kepada semua orang yang berada disekeliling kita. Everyone have their own struggle kan? The least we could do is to be kind.
Tu saja dari aku, sampai jumpa lagi.

Comments
Post a Comment